Vitamin B3 (Niacin) Untuk Apa?

  • Niacin ialah vitamin B yang penting untuk metabolisme, kesihatan kulit, dan fungsi saraf
  • Dalam Moringa, niacin membantu tubuh menggunakan tenaga dengan lebih efisien

1. Menyokong Metabolisme Makanan kepada Tenaga

  • Niacin memainkan peranan utama dalam menukar karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga
  • Ia terlibat dalam pembentukan dua molekul penting:
    • NAD (Nicotinamide Adenine Dinucleotide) dan
    • NADP (Nicotinamide Adenine Dinucleotide Phosphate) yang menjadi komponen utama dalam ribuan tindak balas metabolik dalam tubuh
  • Tanpa niacin, sel sukar menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk fungsi harian

2. Menyokong Fungsi Sistem Saraf

  • Membantu mengekalkan fungsi otak dan saraf yang sihat
  • Kekurangan niacin boleh menyebabkan keletihan mental, mudah lupa, atau mood tidak stabil

3. Kesihatan Kulit

  • Niacin membantu mengekalkan kulit yang sihat dan mencegah keradangan
  • Mengurangkan kemerahan dan memperbaiki struktur kulit
  • Meningkatkan barrier kulit, menjadikan kulit lebih lembap dan kurang sensitif

4. Menyokong Sistem Pencernaan

  • Membantu fungsi enzim pencernaan
  • Penting untuk mengekalkan selaput mukosa di perut dan usus agar lebih sihat

5. Antioksidan & Perlindungan Sel

  • Menyokong penghasilan NAD/NADP yang penting untuk memperbaiki DNA dan melindungi sel daripada kerosakan oksidatif

+

Jom share artikel ini: