Channel Telegram Rasmi Info eCanvas Terkini & Sahih!
Join : Telegram Info eCanvas 2025!
Melaka Umum Cuti Khas 1 Ramadan

Berita baik untuk penjawat awam negeri Melaka! Kerajaan Negeri umumkan cuti khas pada 1 Ramadan (19 Februari) bagi memberi peluang buat persiapan awal menyambut bulan puasa.
Cuti ni hanya untuk penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Semoga dengan cuti khas ni, Ramadan kali ni bermula dengan lebih lancar dan penuh keberkatan.
Cuti khas itu sekali gus menyaksikan semua penjawat awam bakal menikmati cuti panjang berturut-turut bermula 17 Februari bersempena Tahun Baharu Cina dan disambung pada 20 Februari bersempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
17 Februari – Tahun Baharu Cina
18 Februari – Tahun Baharu Cina Hari Kedua
19 Februari – Awal Ramadan
20 Februari – Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
21 Februari – Sabtu
22 Februari – Ahad


